Friday 20 May 2011

Profil Diri


Nama Pelajar                    
: Tan Yee Yong
No. Angka Giliran            
: 2008242240016
Mata Pelajaran                
: Bahasa Malaysia
Kursus / Program            
: KDPM-KDC 1/Nov 08
Pensyarah Pembimbing    
: Pn.Norlia bt. Mat Esa
E-mail                              
: tanyeeyong89@hotmail.com

Definisi Pantun

X   Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat 
      Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. 

X   Pantun ialah karangan berangkap yang 
      menggunakan bahasa-bahasa indah.

X   Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan 
      untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap 
      seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di 
      samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan 
      memberi nasihat.

Ciri-Ciri Pantun Empat Kerat

 i) Pantun Empat Kerat merupakan bentuk puisi tradisonal 
    yang terdiri daripada empat baris serangkap.

ii) Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap
    pembayang dan maksud.

iii) Biasanya satu baris, mempunyai 4-5 perkataan
    dan 8-12 suku kata.

iv) Mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi.

 v) Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya
     rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap
     lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.

Sunday 8 May 2011

Pantun Berusaha

Unit 4 : Menuju Ke Puncak Jaya

Pantun Berusaha

Burung helang di pohon meranti,
Burung kuang jadi tumpuan;
Masa dirancang dengan teliti,
Tidak terbuang tanpa tujuan.

Waktu liburan ke Tanjung Tuan,
Orang muda mencari gamat;
Tetap sasaran tentu tujuan,
Setiap usaha ada matlamat.

Terbang  kedidi di pohon palas,
    Hinggap bermain  mencari rakan;
Jangan menjadi orang malas,
   Sikap rajin selalu amalkan.

Buah pulasan di tapak tangan,
   Anak kelinci di tepi lembah;
Ada cabaran banyak rintangan,
  Cekal hadapi dengan tabah.

Walaupun hitam rupa berseri,
       Batu permata memancarkan cahaya;
   Tetapkan azam di dalam diri,
      Gigih usaha pasti berjaya.

Saturday 30 April 2011

Maksud Pantun Berusaha



Rangkap 1
Masa perlu dirancang dengan teliti.
Rangkap 2

Kita haruslah mempunyai perancangan yang teratur dan mempunyai matlamat supaya apa yang dirancang tidak menjadi sia-sia tanpa tujuan dan arah.
Rangkap 3
Sikap malas perlu dielakkan. Amalkan sikap rajin berusaha.
Rangkap 4
Dalam kehidupan, sentiasa dilanda dengan cabaran dan ini haruslah kita jadikan sebagai perangsang. Jangan putus asa dan tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan.
Rangkap 5
Belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran. Bulatkan azam dan tekad untuk menjadi manusia yang berguna dan berjaya pada masa hadapan.